Mar 21, 2023

Cepatnya Masa Berlalu

Posted by Mama Akmal & Ibu Arif at 21.3.23 0 comments

Cepatnya masa berlalu, hari ni abang Arif dah pun mendaftar untuk Tingkatan 1 di SAM Sungai Merab Luar. Syukur Alhamdulillah, cita-cita abang untuk belajar di sekolah agama terdapai jua.

Kalau tahun lepas abang Arif temankan Akmal di sekolah, tahun ni Akmal dah tinggal seorang diri di Sekolah Rawdhah. 

Semoga abang Arif terus berjaya dan dapat belajar dengan baik. Ibu dan Papa sentiasa doakan untuk abang adan adik ya.

Bergambar di pintu masuk sekolah


Berpakaian serba putih

Pembelian baju sukan di kedai Koperasi


Buat masa ni Arif masih berulang alik dari rumah ke sekolah kerana belum dapat asrama lagi. Doakan Arif ya. 


Feb 18, 2023

Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Tahun 2023

Posted by Mama Akmal & Ibu Arif at 18.2.23 0 comments

Tahniah abang, Alhamdulillah.

Semoga menjadi permulaan yang baik dalam menempuh alam persekolahan sekolah menengah nanti. Terima kasih semua guru-guru di atas segala didikan dan segala kenangan yang indah untuk semua anak-anak.


Anugerah Khas Tokoh Sahsiah Unggul

Anugerah Khas PSRA Mumtaz

Tempat Ketiga 6 Firdaus


Gambar Kenangan Bersama Afeef dan Danish

Bersama Akmal

Alhamdulillah

Sungguh, walaupun mama dah 2 kali pergi majlis Convo sendiri , majlis Graduasi anak-anak juga yang paling happening dan touching. Semuanya menahan sebak dan mengalirkan air mata.







Aug 23, 2016

Makan KFC di Tepi Pantai Sungai Udang Melaka

Posted by Mama Akmal & Ibu Arif at 23.8.16 0 comments
Salam semua
Minggu lepas masa perjalanan balik ke kampung, Papa bawa Arif dan Akmal singgah di tepi pantai di Sungai Udang Melaka. Sebenarnya papa nak tunjukkan pada Arif yang dulu Papa pernah kerja di pelantar minyak di tengah laut tu.

Memang best kat tepi pantai ni. Angin sepoi sepoi bahasa je. Sambil tengok laut, Arif dan adik pun makan KFC dan nasa ayam dengan riang gembiranya.



Nasi ayam ni pun sedap. Papa kata masa kerja kat sini, kedai nasi ayam inilah yang papa selalu pergi.


Dah kenyang, macam biasa Arif dan adik akan bermain-main dulu. Lari atas ni pun best.

Rambut Akmal macam dah panjang lah pulak. Nanti kita pergi gunting rambut ye adik.

Aug 14, 2016

Hari Panjat Pokok Pulasan Sedunia

Posted by Mama Akmal & Ibu Arif at 14.8.16 0 comments
Hihi, tajuk pun macam best je kan.
Hari ini Arif dan Akmal tolong papa petik buah pulasan kat sebelah rumah. Seronok memanjat sebab rasa macam dah besar je.


Arif memang beria panjat pokok sampai letih. Akmal pula panjat main-main dan main tangga.


Alhamdulillah, inilah hasilnya. Bolehlah kita makan ramai-ramai ye. Sedap sangat buah pulasan wan ni.


Aug 13, 2016

1,2,3 Jom Lumba Basikal

Posted by Mama Akmal & Ibu Arif at 13.8.16 0 comments
Seronoknya main basikal waktu petang-petang ni. Hari ni Akmal, Arif dan papa nak lumba bawak basikal. Kita tengok siapa yang menang ye.


Wah, lajunya Arif dan Akmal. Papa tinggal belakang nampaknya

Akmal main basikal sekejap je. Dah penat, terus rehat.

Lepas tu kejar papa pula, nak tumpang naik basikal papa.

Macam biasa ibu sediakan minuman sedap ni untuk kami semua lepas penat berbasikal. Sayang ibu.


Aug 4, 2015

Yay! Cendawan Busut Datang ~

Posted by Mama Akmal & Ibu Arif at 4.8.15 0 comments
Memang happy sangat bila cendawan busut tumbuh di bawah pokok pulasan. Walaupun Arif tak pandai sangat makan cendawan, rasa happy sebab boleh cabut cendawan yang tumbuh. Punyalah laju sampai ibu tak sempat nak ambik gambar cendawan yang banyak-banyak tu, hihi..


Pagi-pagi lagi Arif dah cabut cendawan
 
Tinggal sikit je untuk ibu snap

Inilah hasilnya.


Cendawan busut ni memang sedap. Wan buat masak sup dan tumis sambal. Papa lah yang paling berselera bila makan.

Jemput makan ye!


Aug 1, 2015

Wedding Sedara Wan di Petaling Jaya

Posted by Mama Akmal & Ibu Arif at 1.8.15 0 comments
Bizinya Arif dan adik minggu ni. Ada banyak open house dan wedding. Pagi-pagi lagi dah ke rumah Angah di Sungai Buloh, Rumah Mama Fynne di Bukit Cerakah dan kemudiannya pergi Wedding saudara Wan di Petaling Jaya.

 
Kenangan dengan pengantin

Di sebalik rimbunan daun



Adik dan Kerepek

Akhir sekali kami beraya ke rumah Alang di Klang pula. Memang penat sangat. Sampai je rumah Arif dan Akmal terus tertidur sampai keesokan harinya, hihi..

 

~ Arif Fahmi & Akmal Faiz ~ Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez